Sunday 8 December 2013

Kursus Peningkatan Profesionalisme PPM Prasekolah 2013: Apresiasi Seni Prasekolah

     Kursus ini telah berjaya diadakan pada 9 dan 10 Disember 2013 di PPD Batang Padang. Kursus yang melibatkan 48 orang PPM ini telah memberi peluang kepada mereka untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti mereka dalam membantu guru-guru prasekolah menghasilkan bahan bantu mengajar. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Zulkanain Bin Hamid, Penolong PPD Prasekolah/permata PPD Kerian.

    Kursus yang diadakan pada akhir tahun dan cuti sekolah ini juga memberi peluang kepada PPM menceriakan kelas prasekolah masing-masing supaya menampakkan kelainan dan lebih kreatif.

AKTIVITI 1: Menghasilkan BBM daripada bahan2 terbuang. Tema Makanan

 Antara hasil kreatif para PPM

 Antara hasil kreatif para PPM

 Antara hasil kreatif para PPM



AKTIVITI 2 - Topeng daripada bekas telur
 


   

HARI KE-2
AKTIVITI 1: Menghasilkan kasut bandut dan bekas pelbagai guna
Persiapan para PPM untuk memulakan kerja-kerja
Proses menghasilkan bbm menggunakan botol air dan botol minyak.

Fasillitator: Encik Zulkanain Bin Hamid

     Pelbagai bahan telah dihasilkan oleh ppm pada kursus kali ini. Diharapkan kursus ini juga memberi percambahan idea-idea untuk menghasilkan sesuatu yang baru di kelas prasekolah. 









Thursday 21 November 2013

LAWATAN PENANDA ARAS ke SK Ampangan, Seremban

   Lawatan ini telah diadakan pada 18 November 2013 dan telah disertai oleh 8 orang guru dari daerah Batang Padang. SK Ampangan telah menjadi telah dipilih sebagai sekolah penanda aras  kerana sekolah tersebut telah menang Anugerah Kualiti Prasekolah Kebangsaan Dimensi Interaksi.

 Taman mainan yang dihias dengan pokok-pokok berdaun dan barang-barang terbuang seperti computer yang dijadikan robot taman
 Ruang menunggu ibu bapa yang penuh dengan informasi
 Peti cadangan yang disediakan dengan menggunkan bekas makanan
 Ruang Pdp yang ceria dengan pusat-pusat pembelajaran yang lengkap
 Antara Anugerah-anugerah yang telah diterima oleh prasekolah dipamerkan di ruangan khas
 Antara bahan terbuang yang digunakan untuk menceriakan kelas iaitu bekas telur dan penutup botol
 Taman herba di belakang kelas
 Dapur yang kemas dan ceria
 Model reban itik yang diperbuat daripada kayu-kayu terbuang
digunakan untuk menghiasi belakang kelas.
Pusat Kitar semula
 Pondok mainan yang telah dibina semula atas inisiatif pewaris sekolah


 Bersama Ketua unit dan Penyelia Prasekolah Negeri Sembilan
 

PROGRAM MOBILITI PENGANGKUTAN AWAM MURID ASLI PRASEKOLAH

   Program yang julung kali diadakan ini telah dikhususkan kepada murid-murid asli prasekolah SK Batu 14 dan SK Batu Tujuh.

   Murid-murid asli ini telah dibawa untuk menaiki kereta api ETS dari Stesen Tapah Road ke KL Sentral, dan dari KL Sentral murid-murid telah dibawa pula untuk menaiki LRT ke KLCC.

   Program ini telah dapat memberi pengalaman baru kepada murid-murid asli untuk menaiki kendaraan awam khususnya kerata api dan LRT.

   Murid-murid telah berkumpul di stesen kereta api Tapah Road seawal jam 7.30 pagi dan menunggu kereta pada pukul 8.30 pagi.

Keseronokan murid-murid Orang Asli menaiki kereta api

    Rombongan ini tiba ti stesen KL Sentral pada pukul 10.20 pagi. Murid-murid dibawa pula menaiki LRT ke KLCC. Kesereronokan dan kegembiraan murid-murid terpancar kerana inilah kali pertama mereka dibawa tanpa ditemani ibu bapa dan diberi peluang untuk berdikari. Ini juga kali pertama mereka belajar menggunakan 'escalator'.
Menunggu LRT di Station KL Sentral
Gelagat murid yang kali pertama menaiki LRT
 
 
   Di KLCC murid-murid dibawa melawat ke Aquaria dengan banyaran RM15 seorang. Mereka diberi penerangan tentang kehidupan laut yang ada di Aquaria ini.
 
Lawatan ke Aquaria KLCC
 
Beriadah sambil menikmati 'Happy Meal' di sekitar KLCC


Murid-murid Asli sememangnya suka nyanyi. Lagu-lagu dinyanyikan di mana jua mereka berada

KURSUS PENGURUSAN MAKANAN SIHAT PPM PRASEKOLAH 2013

   Kursus ini telah diadakan pada 21 November 2013 di PPD Batang Padang. Seramai 52 orang PPM yang telah hadir dan mengikuti kursus ini. Kursus ini memberi peluang kepada PPM Prasekolah daerah ini untuk mendapat ilmu tentang mengurusan makanan yang betul untuk murid-murid prasekolah. Ceramah ini telah dikendalikan oleh Pegawai Dietetik dari Hospital Slim River. Manakala Slot kedua pula dikendalikan oleh Pegawai Kaunselor PPD yang menyentuh tentang pengurusan Tempat Kerja secara Sihat. Selain para PPM memperoleh pengetuahaun, ruang ini juga ini diambil oleh PPM berkumpul dan berkenalan antara satu sama lain.

     Selain PPM berkursus, mereka itu diberi peluang untuk bersaing antara satu sama lain dalam pertandingan memasak. Tema pertandingan ini ialah Makanan Sihat Murid Cerdas. Johan untuk pertandingan memasak ini akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200, Naib Johan RM150 dan tempat ketiga RM100. Sebanyak 4 hadiah saguhati disediakan dan masing-masing akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM50.




 Antara hasil hidangan yang dipertandingkan




 Antara juri yang sedang sibuk menilai





   Pemenang-pemenag untuk pertandingan memasak kali ini adalah seperti berikut:

Johan: Kumpulan 3.
Antara hidangan:
1. Puding Jagung Si Manja
2. Roti Puri Rindu dan Kari Ayam
3. Jus Roselle Rasa Sayang

Naib Johan: Kumpulan 1.
 Antara hidangan:
1. Capati kari ayam kacang hijau,
2. Jus Pegaga,
3. Salad buah.

Ketiga: Kumpulan 2.
Antara hidangan:
1. Nasi goring Pataya,
2. Sandwish Special,
3. Trifle Buah Sedar berlapis