Sunday 31 March 2013

BENGKEL SMPK KALI 1/2013

Bengkel Sisitem Maklumat Murid Prasekolah Kebangsaan (SMPK) untuk guru-guru prasekolah Daerah Batang Padang akan diadakan mengikut ketentuan berikut:

Tarikh: 2 April 2013 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Seminar, PPD Batang Padang

Bengkel ini bertujuan untuk mengemaskini data SMPK dan melengkapkan data-data perkhidmatan guru dan ppm prasekolah.

Tuesday 19 March 2013

Kursus Perlaksanaan Program i-Think

Kursus berkenaan akan diadakan kepada guru-guru prasekolah di Kelompok 1 dan 2 mengikut ketetuan berikut:

Tarikh : 3 dan 4 April 2013
Masa : 2.15 petang - 5.00 petang
Tempat: PKG Tapah Road

Surat panggilan boleh dimuat turun di Portal PPD Batang Padang yang bertarikh 20.4.2013

WARGA BARU PRASEKOLAH....

PRASEKOLAH SK BANDAR BEHRANG 2020

                                                  Bangunan Prasekolah yang tersergam indah


                                                        Suasana di halaman prasekolah

Prasekolah SK Bandar Behrang 2020 akan mula beroperasi pada 1 April 2013. Seramai 25 orang murid 6 tahun yang akan mula menggunakan bangunan baru ini.

Monday 18 March 2013

PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PDP PRASEKOLAH 2013

      Pertandingan Amalan Terbaik PdP Prasekolah pada tahun 2013 peringkat Negeri Perak akan diadakan pada bulan Julai 2013. Kategori yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Pembelajaran Melalui Projek. 

      Guru yang berminat boleh memilih untuk melaksanakan projek tersebut bahasa pilihan seperti berikut:

- Bahasa Melayu,
- Bahasa Inggeris,
- Bahasa Cina, dan 
- Bahasa Tamil.

       Guru yang berminat boleh menghubungi Penolong PPD Prasekolah segera untuk mendapatkan maklumat lanjut.

KAJIAN PENGOPERASIAN PRASEKOLAH DI SEKOLAH ORANG ASLI


          Kajian berkenaan telah dilaksanakan oleh Bahagian BPSH Kementerian Pelajaran Malaysian untuk meninjau dan menjana program yang akan dilaksanakan di prasekolah sekolah orang asli di Malaysia.
          Kajian berkenaan telah berjaya dilaksanakan di Nergeri Perak pada 5 - 8 Mac 2013. Antara sekolah yang terlibat adalah:
- SK Sungai Pelantok, Sungai Siput,
- SK Kampong Kenang, Sungai Siput,
- SK RPS Banun, Gerik,
- SK Batu Tujuh, Tapah, dan
- SK Batu 14, Tapah

       


PERTANDINGAN GERAK TARI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH PERINGKAT KELOMPOK

Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut 7 kelompok di Daerah Batang Padang. Jadual pertandingan adalah seperti berikut:

Kelompok 1: 11 April 2013
Kelompok 2: 10 April 2013
Kelompok 3: 13 April 2013 (Gabungan kelompok 3 dan 4)
Kelompok 5: 11 April 2013
Kelompok 6: 10 April 2013
Kelompok 7: 10 April 2013

Syarat Pertandingan


1. Penyertaaan terbuka kepada semua murid prasekolah KPM yang tidak melebihi umur 6 tahun.
2. Setiap persembahan hendaklah diiringi oleh muzik ’minus one
3. Tempoh masa persembahan adalah antara 10- 12 minit.
4. Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum 10 orang.
5. Masa hanya dikira sebaik sahaja peserta telah bersedia untuk membuat persembahan.  
6. Persediaan 5 minit dan kemas pentas 3 minit.
7. Peserta tidak dibenarkan memakai pakaian yang berlawanan jantinanya. 

Corak pertandingan

1. Gerak tari tarian tradisional rakyat ( gabungan Melayu, Cina Dan India berkonsepkan 1 Malaysia ).
2. Keaslian seri tari penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan bukan kotemporari.

Peraturan Am
1. Setiap daerah diwakili oleh satu pasukan sahaja.
2. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan satu salinan kaset dan CD lagu berkenaan untuk kegunaan 
    semasa pertandingan dan salinan kaset dan CD tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan 
    semasa pendaftaran.
3. Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan maka pasukan itu akan dikehendaki
    mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan yang mengambil bahagian.