Monday 17 March 2014

Kursus Perkongsian Pintar Pelaksanaan PDP Berkesan Prasekolah Bil.1/2014

Kursus ini telah diadakan pada 14 Mac 2014 (Jumaat) di Bilik Seminar PPD Batang Padang. Puan Sharifah Ruhadayu bt Syed Othman, guru dari SK Datuk Kelana telah dijemput untuk mengendalikan kursus yang dihadiri oleh 48 orang guru prasekolah Daerah Batang Padang. Cikgu Sharifah telah berjaya melaksanakan Program Bijak Baca untuk murid prasekolah dan program ini telah dikongsi bersama guru prasekolah daerah agar mereka mendapat idea lain selain menggunakan kaedah mengeja sebelum ini.


Sila klik pada geleri foto untuk lebih banyak gambar.