Tuesday 13 May 2014

PERTANDINGAN KREATIVITI LEGO PRASEKOLAH NEGERI PERAK 2014

          Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di peringkat negeri Perak dan Malaysia ini telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei 2014 di Mydin Mall, Meru Jaya Ipoh.

          Sebanyak 40 pasukan dari seluruh Negeri Perak telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini di mana ianya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
          a. 30 pasukan untuk pertandingan dengan masing-masing 3 orang murid setiap pasukan,
          b. 10 pasukan untuk pembinaan blok secara berkumpulan

Pasukan Daerah Batang Padang telah diwakili oleh murid-murid dari SK Batu Tujuh, SK Kampong Pahang, SK Bandar Behrang 2020 dan SK Datuk Kelana.


catatan: Sila klik pada galeri foto untuk lebih banyak gambar