Sunday 24 August 2014

KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2014

Karnival ini telah dilaksanakan pada 23 Ogos 2014 (Sabtu) di SK Bidor 2. Karnival yang melibatkan 24 prasekolah dan 9 tadika swasta ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai terutamanya ibu bapa terhadap bakat yang ditonjolkan oleh kanak-kanak seawal usia 5 dan 6. Karnival ini juga telah berjaya mendapat sambutan daripada pelbagai pihak yang sudi memberi sumbangan dalam bentuk hadiah dan kewangan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah:
1. Tarian Tradisional (Dabus)
2. Smart Speller
3. Menulis Ayat Mudah
4. Bercerita Bahasa Inggeris
5. Bercerita Bahasa Malaysia
6. Lego