Bengkel ini telah diberikan kepada Guru Besar dari pukul 8.30 pagi - 12.00 tengah hari supaya semua Guru Besar mendapatkan maklumat berkenaan dengan SKPK ini agar mereka senang untuk memantau di peringkat sekolah. Bengkel bersama Guru Besar ini telah mendapat respon yang amat memberangsangkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti prasekolah masing-masing.
Pada sebelah petang semua guru prasekolah pula diberi penerangan tentang SKPK ini dan aktiviti 'hands on' dari pukul 2.00 - 5.00 petang. Semua guru diberi peluang untuk cuba 'key in' sehingga 30 Jun 2015. Semua guru juga dinasihatkan agar mencetak instrumen dan deskripsi skor terlebih dahulu dan dibuat dalam bentuk draf sebelum masukkan data secara 'online'.
Berikut adalah bahan-bahan yang boleh dimuat turun oleh pihak sekolah sebagai rujukan.
1.
2.
Galeri Gambar:
Bengkel bersama Guru Besar
Bengkel bersama Guru Besar
Bersama En Noor Azman Bin Hanif
Bengkel bersama guru prasekolah