Kelompok 1: 11 April 2013
Kelompok 2: 10 April 2013
Kelompok 3: 13 April 2013 (Gabungan kelompok 3 dan 4)
Kelompok 5: 11 April 2013
Kelompok 6: 10 April 2013
Kelompok 7: 10 April 2013
Syarat Pertandingan
1. Penyertaaan terbuka kepada semua murid prasekolah KPM yang tidak melebihi
umur 6 tahun.
2. Setiap persembahan
hendaklah diiringi oleh muzik ’minus one
3. Tempoh masa persembahan adalah antara 10-
12 minit.
4. Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan
yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum 10 orang.
5. Masa hanya dikira sebaik sahaja peserta
telah bersedia untuk membuat persembahan.
6. Persediaan 5 minit dan kemas pentas 3 minit.
7. Peserta tidak dibenarkan memakai pakaian yang berlawanan jantinanya.
Corak pertandingan
1. Gerak tari tarian tradisional rakyat (
gabungan Melayu, Cina Dan India berkonsepkan 1 Malaysia ).
2. Keaslian seri tari penduduk Malaysia yang
berbilang kaum dan bukan kotemporari.
Peraturan
Am
1. Setiap daerah diwakili oleh satu pasukan
sahaja.
2. Setiap pasukan dikehendaki
menyediakan satu salinan kaset dan CD lagu berkenaan untuk kegunaan
semasa
pertandingan dan salinan kaset dan CD tersebut hendaklah dihantar kepada
urusetia berkenaan
semasa pendaftaran.
3. Jika berlaku kerosakan teknik semasa
persembahan sedang berjalan maka pasukan itu akan dikehendaki
mengambil giliran
sekali lagi di akhir pasukan yang mengambil bahagian.
No comments:
Post a Comment