Sunday 24 August 2014

KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2014

Karnival ini telah dilaksanakan pada 23 Ogos 2014 (Sabtu) di SK Bidor 2. Karnival yang melibatkan 24 prasekolah dan 9 tadika swasta ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai terutamanya ibu bapa terhadap bakat yang ditonjolkan oleh kanak-kanak seawal usia 5 dan 6. Karnival ini juga telah berjaya mendapat sambutan daripada pelbagai pihak yang sudi memberi sumbangan dalam bentuk hadiah dan kewangan.

Antara acara yang dipertandingkan ialah:
1. Tarian Tradisional (Dabus)
2. Smart Speller
3. Menulis Ayat Mudah
4. Bercerita Bahasa Inggeris
5. Bercerita Bahasa Malaysia
6. Lego

Wednesday 2 July 2014

KARNIVAL SUKAN PRASEKOLAH 2014

Karnival Sukan Prasekolah Daerah Batang Padang 2014 telah diadakan pada 28 Mei 2014 di padang SK Datuk Kelana. Dua acara telah dipertandingkan iaitu futsal dan bola jaring. Karnival ini telah disertai oleh sekolah-sekolah yang mewakili kelompok masing-masing (7 kelompok.

Keputusan:

Futsal
Johan: SK Sg Lesong
Naib Johan: SK Bandar Behrang 2020
Ketiga: SK Datuk Kelana

Bola Jaring:
Johan: SK Datuk Kelana
Naib Johan: SK Sg Lesong
Ketiga: SK Slim Village

TAHIAH!

Tuesday 13 May 2014

PERTANDINGAN KREATIVITI LEGO PRASEKOLAH NEGERI PERAK 2014

          Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di peringkat negeri Perak dan Malaysia ini telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mei 2014 di Mydin Mall, Meru Jaya Ipoh.

          Sebanyak 40 pasukan dari seluruh Negeri Perak telah terpilih untuk menyertai pertandingan ini di mana ianya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
          a. 30 pasukan untuk pertandingan dengan masing-masing 3 orang murid setiap pasukan,
          b. 10 pasukan untuk pembinaan blok secara berkumpulan

Pasukan Daerah Batang Padang telah diwakili oleh murid-murid dari SK Batu Tujuh, SK Kampong Pahang, SK Bandar Behrang 2020 dan SK Datuk Kelana.


catatan: Sila klik pada galeri foto untuk lebih banyak gambar

Wednesday 2 April 2014

Bengkel Perkongsian Pintar PDP Berkesan Guru-guru Prasekolah Bil.2/2014

Tarikh: 1 April 2014 (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Seminar PPD Batang Padang

Fasilitator:
Bengkel 1: Puan Sharifah Ruhadayu bt. Syed Othman - SK Datuk Kelana
               
Bengkel 2: Encik Mohd Sanusi Bin Abdul Wahab - SK Trolak Utara


































Sila klik pada Galeri Foto untuk lebih banyak gambar

Monday 17 March 2014

Kursus Perkongsian Pintar Pelaksanaan PDP Berkesan Prasekolah Bil.1/2014

Kursus ini telah diadakan pada 14 Mac 2014 (Jumaat) di Bilik Seminar PPD Batang Padang. Puan Sharifah Ruhadayu bt Syed Othman, guru dari SK Datuk Kelana telah dijemput untuk mengendalikan kursus yang dihadiri oleh 48 orang guru prasekolah Daerah Batang Padang. Cikgu Sharifah telah berjaya melaksanakan Program Bijak Baca untuk murid prasekolah dan program ini telah dikongsi bersama guru prasekolah daerah agar mereka mendapat idea lain selain menggunakan kaedah mengeja sebelum ini.


Sila klik pada geleri foto untuk lebih banyak gambar.

Thursday 27 February 2014

Kursus Read Aloud

1 & 2 Mac 2014. Satu Kursus Read Aloud akan diadakan di Perpustakaan Awam Ipoh Perak pada pukul 10.30 pagi hingga 3 ptg. Kursus ini khas utk semua guru prasekolah. Semua Guru Prasekolah Negeri Perak dijemput hadir. Pihak perpustakaan mengalu-alukan kedatangan tuan/puan. 

Monday 27 January 2014

RUBRIK SMPK



*Sila klik untuk muat turun bahan

TAKLIMAT PENGURUSAN PRASEKOLAH

Tarikh : 22 Januari 2014
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Seminar PPD Batang Padang



*Sila klik untuk muat turun bahan