Friday 4 December 2015

BENGKEL PENGURUSAN KELAS KE ARAH TRANSFORMASI KELAS ABAD KE-21 UNTUK PPM PRASEKOLAH 2015

Bengkel ini telah diadakan sebagai pengisian tugasan ppm prasekolah pada wahtu cuti akhir tahun. Bengkel ini telah memberi pengetahuan kepada semua ppm berkenaan dengan perubahan yang perlu dilakukan ke atas kelas prasekolah dengan bermula daripada draf pelan lantai. Kemudian ppm didedahkan dengan perkongsian idea tentang kreativiti mengubah dan menceriakan kelas prasekolah dengan menggunakan peruntukan yang paling minimum.

Tarikh: 2 dan 3 Disember 2015
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: PPD

Fasilatator:
1. Juliza bt Zulkipli (SK Batu Melintang)
2. Pauziah bt Ismail (SJKT Tapah)
3. Nur Aimi Bt Mohd Zain (SJKT Tapah)







Sunday 4 October 2015

ANALISIS PENTAKSIRAN PRASEKOLAH OKTOBER 2015

Sila muat turun borang analisis berkenaan untuk tindakan semua guru prasekolah daerah Batang Padang. Borang berkenaan perlu diisi untuk semua murid 4+ dan 5+ . Borang yang telah siap diisi perlu diemail ke prasekolahppdbp@gmail.com sebelum 20 Oktober 2015.

BORANG ANALISIS PENTAKSIRAN OKTOBER 2015

Wednesday 2 September 2015

INSTRUMEN DAN BORANG IKMTS

Instrumen Kesediaan Murid ke Tahun Satu (IKMTS)

Semua guru diminta untuk muat turun perkara seperti berikut:

INSTRUMEN

BORANG MURID

BORANG KE PPD

INTERVENSI

Sila pastikan semua maklumat adalah lengkap. Sila hantar kepada Penolong PPD Prasekolah sebelum 11 September 2015 melalui email ke prasekolahppdbp@gmail.com


Wednesday 12 August 2015

KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH DAERAH 2015

Karnival ini berjaya diadakan pada 8.8.2015 di SK Proton City. Sembilan acara telah dipertandingkan dan disertai oleh wakil dari 6 Kelompok dan pihak tadika swasta. Karnival ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Hajah Rusnah Binti Kassim, ADUN Behrang

Johan untuk karnival ini akan mewakili Daerah Batang Padang ke Karnival Bijak Prasekolah Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan pada 22.8.2015 di Institut Latihan Stastistik Malaysia, Sungkai.

Taniah kepada sekolah-sekolah yang akan mewakili daerah:

BIL ACARA NAMA SEKOLAH
1 Tarian SK Proton City
2 Action Songs SK Trolak Timur
3 Nasyid SK Slim River
4 Kompang Formasi  SK Bandar Behrang 2020
5 LEGO  SK Slim Village
6 Bercerita Bahasa Malaysia SK Seri Bidor
7 Bercerita Bahasa Inggeris  SJKT Slim River
8 Sajak Patriotik  SK Seri Besout

 Pertandingan Chef Junior

 
Story Telling & Pertandingan Deklamasi Sajak
  
 Action Songs

 Pertandingan Kompang Formasi

 Pertandingan Nasyid

Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia

 Pertandingan Kreativiti Lego

 Kehadiran VIP : Pengerusi MGB, Tuan PPD En. Osman Bin Mohamed Bahari, AMP, YB Dato' Hjh Rusnah bt Kassim dan PK1 SK Proton City

 * Sila ke Galeri Foto untuk lebih banyak gambar semasa karnival

Wednesday 17 June 2015

BENGKEL PENATARAN SKPK PRASEKOLAH 2015

        Bengkel Penataran Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) telah berjaya dilaksanakan pada 17 Jun 2015 di PPD Batang Padang. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Noor Azman Bin Hanif, dari Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti KPM.

         Bengkel ini telah diberikan kepada Guru Besar dari pukul 8.30 pagi - 12.00 tengah hari supaya semua Guru Besar mendapatkan maklumat berkenaan dengan SKPK ini agar mereka senang untuk memantau di peringkat sekolah. Bengkel bersama Guru Besar ini telah mendapat respon yang amat memberangsangkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti prasekolah masing-masing.

         Pada sebelah petang semua guru prasekolah pula diberi penerangan tentang SKPK ini dan aktiviti 'hands on' dari pukul 2.00 - 5.00 petang. Semua guru diberi peluang untuk cuba 'key in' sehingga 30 Jun 2015. Semua guru juga dinasihatkan agar mencetak instrumen dan deskripsi skor terlebih dahulu dan dibuat dalam bentuk draf sebelum masukkan data secara 'online'.

Berikut adalah bahan-bahan yang boleh dimuat turun oleh pihak sekolah sebagai rujukan.

1.


2.



Galeri Gambar:

 Bengkel bersama Guru Besar

 Bengkel bersama Guru Besar

 Bersama En Noor Azman Bin Hanif

 Bengkel bersama guru prasekolah





Wednesday 3 June 2015

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PRASEKOLAH UNTUK PPM 2015

Kursus yang lebih tertumpu kepada pengurusan stok, harta modal dan inventori ini telah diadakan pada 2 Jun 2015 di PPD Batang Padang. Kursus ini telah memberi pengetuan dan pemantapan dalam menguruskan peralatan dan stok yang ada di kelas prasekolah terutamanya kepada PPM baru. Seramai 81 orang PPM prasekolah daerah Batang Padang yang hadir ke kursus ini bemula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

 Antara peserta yang hadir

 Antara PPM yang hadir

 Penceramah: En Azman Bin Yahaya (Penolong PPD Perolehan Aset) 

Wednesday 15 April 2015

BORANG PERMOHONAN MURID PRASEKOLAH 2016

Bermula Jun 2015, permohonan pendaftaran murid prasekolah untuk tahun 2016 perlu menggunakan borang pendaftaran seperti dilampiran. Permohonan secara online oleh ibu bapa juga boleh dibuat melalui laman web http://apps4.moe.gov.my/eprasekolah
 . 
Tindakan ibu bapa:
Ibu bapa perlu daftar (sign in) terlebih dahulu sebelum pendaftaran seterusnya boleh dibuat.

Setelah pendaftaran secara online dibuat, ibu bapa juga perlu menghantar salinan dokumen seperti berikut ke sekolah :

1. Surat Beranak anak,
2. Slip gaji bapa dan ibu yang disahkan
3. Cetakan borang permohonan secara online yang telah lengkap

Tindakan Sekolah:
1. Pengesahan penerimaan permohonan,
2. Memastikan cetakan pendaftaran secara online diterima/ dicetak untuk dibawa ke mesyuarat
    jawatankuasa pemilihan murid.
3. Memastikan dokumen sokongan yang diperlukan diterima,
4. Mengeluarkan surat tawaran dan pengesahan secara online murid yang berjaya selepas Mesyuarat      Jawatankuasa Pemilihan membuat keputusan.

Sila muat turun borang permohonan DI SINI 

Sunday 8 March 2015

CONTOH PELAN STRATEGIK PRASEKOLAH TERKINI

PELAN STRATEGIK 2015-2017

Contoh yang diberi adalah pelan untuk Tunjang Bahasa dan Komunikasi sahaja. Sila kenal pasti isu dan permasalahan di sekolah masing-masing untuk tunjang yang lain.