Monday 18 March 2013

PERTANDINGAN GERAK TARI 1 MALAYSIA PRASEKOLAH PERINGKAT KELOMPOK

Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut 7 kelompok di Daerah Batang Padang. Jadual pertandingan adalah seperti berikut:

Kelompok 1: 11 April 2013
Kelompok 2: 10 April 2013
Kelompok 3: 13 April 2013 (Gabungan kelompok 3 dan 4)
Kelompok 5: 11 April 2013
Kelompok 6: 10 April 2013
Kelompok 7: 10 April 2013

Syarat Pertandingan


1. Penyertaaan terbuka kepada semua murid prasekolah KPM yang tidak melebihi umur 6 tahun.
2. Setiap persembahan hendaklah diiringi oleh muzik ’minus one
3. Tempoh masa persembahan adalah antara 10- 12 minit.
4. Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8 orang dan maksimum 10 orang.
5. Masa hanya dikira sebaik sahaja peserta telah bersedia untuk membuat persembahan.  
6. Persediaan 5 minit dan kemas pentas 3 minit.
7. Peserta tidak dibenarkan memakai pakaian yang berlawanan jantinanya. 

Corak pertandingan

1. Gerak tari tarian tradisional rakyat ( gabungan Melayu, Cina Dan India berkonsepkan 1 Malaysia ).
2. Keaslian seri tari penduduk Malaysia yang berbilang kaum dan bukan kotemporari.

Peraturan Am
1. Setiap daerah diwakili oleh satu pasukan sahaja.
2. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan satu salinan kaset dan CD lagu berkenaan untuk kegunaan 
    semasa pertandingan dan salinan kaset dan CD tersebut hendaklah dihantar kepada urusetia berkenaan 
    semasa pendaftaran.
3. Jika berlaku kerosakan teknik semasa persembahan sedang berjalan maka pasukan itu akan dikehendaki
    mengambil giliran sekali lagi di akhir pasukan yang mengambil bahagian.

No comments:

Post a Comment