Thursday 21 November 2013

PROGRAM MOBILITI PENGANGKUTAN AWAM MURID ASLI PRASEKOLAH

   Program yang julung kali diadakan ini telah dikhususkan kepada murid-murid asli prasekolah SK Batu 14 dan SK Batu Tujuh.

   Murid-murid asli ini telah dibawa untuk menaiki kereta api ETS dari Stesen Tapah Road ke KL Sentral, dan dari KL Sentral murid-murid telah dibawa pula untuk menaiki LRT ke KLCC.

   Program ini telah dapat memberi pengalaman baru kepada murid-murid asli untuk menaiki kendaraan awam khususnya kerata api dan LRT.

   Murid-murid telah berkumpul di stesen kereta api Tapah Road seawal jam 7.30 pagi dan menunggu kereta pada pukul 8.30 pagi.

Keseronokan murid-murid Orang Asli menaiki kereta api

    Rombongan ini tiba ti stesen KL Sentral pada pukul 10.20 pagi. Murid-murid dibawa pula menaiki LRT ke KLCC. Kesereronokan dan kegembiraan murid-murid terpancar kerana inilah kali pertama mereka dibawa tanpa ditemani ibu bapa dan diberi peluang untuk berdikari. Ini juga kali pertama mereka belajar menggunakan 'escalator'.
Menunggu LRT di Station KL Sentral
Gelagat murid yang kali pertama menaiki LRT
 
 
   Di KLCC murid-murid dibawa melawat ke Aquaria dengan banyaran RM15 seorang. Mereka diberi penerangan tentang kehidupan laut yang ada di Aquaria ini.
 
Lawatan ke Aquaria KLCC
 
Beriadah sambil menikmati 'Happy Meal' di sekitar KLCC


Murid-murid Asli sememangnya suka nyanyi. Lagu-lagu dinyanyikan di mana jua mereka berada

No comments:

Post a Comment