Wednesday 17 June 2015

BENGKEL PENATARAN SKPK PRASEKOLAH 2015

        Bengkel Penataran Standard Kualiti Prasekolah Kebangsaan (SKPK) telah berjaya dilaksanakan pada 17 Jun 2015 di PPD Batang Padang. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Noor Azman Bin Hanif, dari Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti KPM.

         Bengkel ini telah diberikan kepada Guru Besar dari pukul 8.30 pagi - 12.00 tengah hari supaya semua Guru Besar mendapatkan maklumat berkenaan dengan SKPK ini agar mereka senang untuk memantau di peringkat sekolah. Bengkel bersama Guru Besar ini telah mendapat respon yang amat memberangsangkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti prasekolah masing-masing.

         Pada sebelah petang semua guru prasekolah pula diberi penerangan tentang SKPK ini dan aktiviti 'hands on' dari pukul 2.00 - 5.00 petang. Semua guru diberi peluang untuk cuba 'key in' sehingga 30 Jun 2015. Semua guru juga dinasihatkan agar mencetak instrumen dan deskripsi skor terlebih dahulu dan dibuat dalam bentuk draf sebelum masukkan data secara 'online'.

Berikut adalah bahan-bahan yang boleh dimuat turun oleh pihak sekolah sebagai rujukan.

1.


2.



Galeri Gambar:

 Bengkel bersama Guru Besar

 Bengkel bersama Guru Besar

 Bersama En Noor Azman Bin Hanif

 Bengkel bersama guru prasekolah





Wednesday 3 June 2015

KURSUS PEMANTAPAN PENGURUSAN PRASEKOLAH UNTUK PPM 2015

Kursus yang lebih tertumpu kepada pengurusan stok, harta modal dan inventori ini telah diadakan pada 2 Jun 2015 di PPD Batang Padang. Kursus ini telah memberi pengetuan dan pemantapan dalam menguruskan peralatan dan stok yang ada di kelas prasekolah terutamanya kepada PPM baru. Seramai 81 orang PPM prasekolah daerah Batang Padang yang hadir ke kursus ini bemula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

 Antara peserta yang hadir

 Antara PPM yang hadir

 Penceramah: En Azman Bin Yahaya (Penolong PPD Perolehan Aset)